THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES ?

My Full Name

Shadow Word generated at Pimp-My-Profile.com

Wahai kawan2 ojo lali mampir ke blog saya&kunjungi sebentar di sini


Apabila kau ingin berteman..
janganlah pandang pada kelebihannya
kerana mungkin dengan satu kekurangan,
kau akan menjauhinya..


Andai kau ingin berteman..
janganlah pula dinilai kebaikannya
kerana mungkin dengan satu kelemahan,
kau akan membencinya..


Andai kau ingin berteman ..
janganlah diuji akan ilmunya
kerana apabila dia buntu,
kau akan menyisihkannya..


Andai kau ingin berteman..
terimalah dia seadanya
kerana dia hanya seorang teman yang hanya manusia
biasa..seperti mu jua..


Jalinkanlah hubungan kerana Allah..
moga hubungan yang dibina senantiasa diberkatinya..

Selasa, 2 September 2008

Dia Kekasih Allah

Malu rasanya mengatakan cinta kepada dia kekasih Allah,

kerana dia insan mulia sedangkan diriku insan biasa,

ku pujuk jua hati dan jiwa meluahkan rasa cinta membara,

kerana cinta kepada Rasulullah beerti cinta kepada Allah,



selagi upaya ku turuti ajarannya apa terdaya ku amalkan sunnahnya,

semoga di dunia mendapat berkat akhirat sana peroleh syafaat,

kerana peribadinya aku terpesona,kerna budinya aku jatuh cinta,

rindu ku padanya tiada terkata nantikanlah daku di taman syurga,



Sesungguhnya apa yang ku dambakan adalah cinta kepada allah,

kerana cinta kepada Rasulullah beerti cinta kepada Allah......



Ya Rasulullah...ku rindu padamu,

Ya Rasul...syafaatkan daku,

Rabu, 27 Ogos 2008

Wahai wanita,Renung2kanlah dan selamat beramal..!!

Lembutmu tak beerti kau mudah dijual beli,

kau mampu menyaingi lelaki dalam berbakti,

lembutmu bukan hiasan,bukan jua kebanggan,

tapi kau sayap kiri pada suami yang berbakti,

disebalik bersih wajahmu,disebalik tabir dirimu,

ada rahsia agung tersembunyi dalam diri,

itulah sekeping hati yang takut pada ilahi,

berpegang pada janji mengabdikan diri,




Malumu mahkota yang tidak perlukan singgahsana,

tetapi ia berkuasa menjaga diri dan nama,

tiada siapa yang akan boleh merampasnya,

melainkan kau sendiri yang pergi menyerah diri,




ketegasanmu umpama benteng negara dan agama,

dari dirobohkan dan jua dari dibinasakannya,

wahai puteriku sayang kau bunga terpelihara,

mahligai syurga itulah tempatnya,


wahai wanita2,renung2kanlah dan selamat beramal.............

Rabu, 6 Ogos 2008

Question 2

Think about your chosen profession.How might computer and software enchance your productivity?
Describe several ways in which you see software changing of affecting your profession.

Profesion yang dipilih:

1) Pakar Psikiatri
2) counselor

Sebelum penggunaan software:


Pakar Psikiatri:

1) Pakar Psikiatri perlu menggunakan fail untuk merekodkan data-data
pesakit bagi memudahkan kerja-kerja mengawal dan merawat setiap pesakit.

2) Kerja-kerja mengemaskinikan fail menjadi rumit dan lambat
kerana berhadapan dengan pelbagai rekod data pesakit yang ramai lagi
merumitkan.

3) Berkemungkinan akan menghadapi masalah dalam merekodkan data-data
pesakit seperti kehilangan fail yang merekodkan data-data pesakit atau
kebocoran maklumat yang tidak dapat dikesan.

4) sistem penyimpanan rekod data-data pesakit di dalam fail agak
merumitkan dan melecehkan kerana memerlukan ruang yang agak besar untuk
penyimpanan rekod data pesakit.


Counselor:

1) Seseorang Counselor memerlukan fail untuk merekodkan data-data
peribadi dan masalah kliennya bagi memudahkan tugas dan tanggungjawab
seorang counselor terhadap masalah kliennya.

2) Fail yang merekodkan data-data maklumat kliennya mungkin menjadi
lebih rumit dan melambatkan tugas jika tiada sistem yang membolehkan
data-data tersebut dikemaskinikan.

3) Data-data klien yang direkodkan dalam fail berkemungkinan menghadapi
risiko dan masalah yang besar kerana tiada sistem pengawalan untuk
menyimpan daripada kehilangan rekod data atau merahsiakan maklumat data
klien yang disimpan di dalam fail daripada dicerobohi.

4) Rekod data-data klien yang disimpan di dalam fail memerlukan ruang
yang agak besar supaya kerja-kerja penyimpanan maklumat data klien tidak
merumitkan dan melecehkan untuk sistem penyimpanan maklumat data klien
difailkan.


Selepas Penggunaan software:


Pakar Psikiatri:

1) Setiap kerja penyimpan dan pengekodan maklumat data-data pesakit
menjadi lebih cepat,tersusun dan teratur.

2) Sistem penyimpanan rekod data-data pesakit menjadi lebih terkawal
dan rahsia kerana boleh menggunakan kod atau password bagi melindungi
maklumat data-data pesakit daripada dicerobohi.

3) kerja mengemaskinikan fail untuk merekodkan data-data maklumat pesakit
menjadi lebih sistematik dan berkesan.


Counselor:

1) Kerja-kerja dan tanggungjawab counselor menjadi lebih teratur
dan dapat menjimatkan masa untuk merekodkan maklumat data-data
klien yang merumitkan menjadi senang.

2) Maklumat peribadi dan data-data klien yang rahsia dapat disimpan
dengan baik tanpa dapat dicerobohi oleh mana-mana pihak yang tidak
bertanggungjawab dengan adanya kata kunci atau password yang digunakan
sebelum membuka.

3) Sistem penyimpanan rekod data-data maklumat klien menjadi lebih cepat,
tersusun,teratur dan lebih bersistematik dalam suatu fail yang kemas.

4) Tanggungjawab seorang klien menjadi lebih mudah dan afektif dengan
adanya sistem penggunaan software bagi menyimpan semua data.

Selasa, 5 Ogos 2008

Question 1

When you make a transaction ,many companies use computer and information system to gather data about you such as your name, address, telephone number, buying habits and credit history. They then sell this information to other companies without you permission and without giving you the change to verify the infomation, what potential problem
Can you see in this?

Explain you answer

PERBINCANGAN:

Masalah-masalah yang mungkin dihadapi:


>sebuah syarikat atau suatu organisasi dalam sebuah kompeni yang
telah menyeleweng dan mengambil kesempatan terhadap syarikat saya
sehingga saya tidak dapat mengenal pasti sesebuah syarikat telah
menceroboh kompeni saya sehinggakan saya tidak dapat mengenali
informasi maklumat dalam kompeni milik saya

>isu penyelewengan dan mengambil kesempatan sesebuah syarikat akan
berterusan kerana ada sesetengah pihak telah mempergunakan
maklumat saya untuk keuntungan semata-mata dan kepentingan mereka
yang lain.

>sekiranya isu penyelewengan ini berterusan oleh sesetengah pihak
mungkin kegiatan pemalsuan identiti akan sentiasa berlaku tanpa
pemantauan yang ketat dan teratur.

>Tidak menjadi suatu masalah oleh sesetengah pihak yang suka
mengambil kesempatan dan menyeleweng untuk menipu saya dengan
cara menghilangkan atau mencuri aset yang telah saya simpan di
dalam bank atau mana-mana institusi bank yang lain.

>mungkin sekali saya akan terikat dengan terma-terma dan syarat
yang dinyatakan oleh sesetengah pihak yang suka menyeleweng dan
mengambil kesempatan yang tidak masuk akal dan tidak dinyatakan
semasa kontrak dibuat.


Faktor-faktor:

>kita terlalu taksub dan obses dengan internet sehingga kita leka
tanpa mengkaji usul periksa dari mana asal-usul laman tersebut
sehinggakan kita tertipu dengan janji-janji manis yang ditaburkan
oleh sesetengah pihak atau sesebuah syarikat untuk menyertai
mereka semata-mata untuk mengaut keuntungan.

>syarikat-syarikat yang tidak bertanggungjawab sanggup berkomplot
dan bersubahat untuk mengaut keuntungan semata-mata demi
kepentingan masing-masing tanpa memikirkan kesannya terhadap
pengguna dan individu yang lain.

>tiada pemantauan dari pihak berwajib untuk mengenakan akta
atau enakmen yang khusus untuk permasalahan ini.

>kita tidak mengendahkan atau membuat kata laluan untuk
mengelakkan pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab cuba untuk
menipu dan mengaut keuntungan semata-mata dengan memasuki laman
sesebuah kompeni.



Cara mengatasi:

>Kerajaan atau mana-mana institusi perlu mengadakan kempen
bagi menyedarkan rakyat supaya tidak terlalu taksub dengan
perdagangan berbentuk internet.

>Kesedaran diri juga memainkan peranan penting, menkaji siapa yang
mencipta laman tersebut sebelum membuat transaksi.

>Perlu digubal satu akta atau apa-apa perundangan bagi menangani
masalah sebegini bagi melindungi yang teraniyai.

>Pastikan syarikat membuat tawaran adalah syarikat yang berdaftar
dan sah.

>Pihak kerajaan perlu mengadakan pemantauan untuk mengenakan akta
atau enakmen yang khusus untuk pihak-pihak yang sengaja mengambil
kesempatan terhadap pengguna dan individu yang menggunakan laman
tersebut semata-mata untuk mengaut keuntungan.

Selasa, 22 Julai 2008

inilah diriku


Nama yang diberi ialah Muhammad Mu'izzuddin Bin Jasmi, saya dilahirkan di Pontian Johor dan menetap di Melaka. saya dibesarkan dalam keadaan yang sederhana dan penuh kasih sayang. saya seorang yang peramah dan suka mendengar masalah orang terutama kawan-kawan saya. sekarang saya masih dalam pengajian di sebuah institusi pengajian tinggi iaitu di Kolej Teknologi Islam Antarabangsa Melaka. saya mengambil jurusan Diploma Kaunseling dan berminat sangat dengan sains sosial. Saya anak kedua daripasa 5 adik beradik kandung dan mempunyai 2 orang adik tiri. Matlamat hidup saya of course lah nak berjaya dalam hidup di dunia dan di akhirat dan mengembirakan ibubapa. sampai sini jelah k yang ingin saya kongsikan,lain kali kalau ada masa saya tambah lagi apa yang patut.hehehe.........