Malu rasanya mengatakan cinta kepada dia kekasih Allah,
kerana dia insan mulia sedangkan diriku insan biasa,
ku pujuk jua hati dan jiwa meluahkan rasa cinta membara,
kerana cinta kepada Rasulullah beerti cinta kepada Allah,
selagi upaya ku turuti ajarannya apa terdaya ku amalkan sunnahnya,
semoga di dunia mendapat berkat akhirat sana peroleh syafaat,
kerana peribadinya aku terpesona,kerna budinya aku jatuh cinta,
rindu ku padanya tiada terkata nantikanlah daku di taman syurga,
Sesungguhnya apa yang ku dambakan adalah cinta kepada allah,
kerana cinta kepada Rasulullah beerti cinta kepada Allah......
Ya Rasulullah...ku rindu padamu,
Ya Rasul...syafaatkan daku,
Calendar cute
Wahai kawan2 ojo lali mampir ke blog saya&kunjungi sebentar di sini
Apabila kau ingin berteman..
janganlah pandang pada kelebihannya
kerana mungkin dengan satu kekurangan,
kau akan menjauhinya..
Andai kau ingin berteman..
janganlah pula dinilai kebaikannya
kerana mungkin dengan satu kelemahan,
kau akan membencinya..
Andai kau ingin berteman ..
janganlah diuji akan ilmunya
kerana apabila dia buntu,
kau akan menyisihkannya..
Andai kau ingin berteman..
terimalah dia seadanya
kerana dia hanya seorang teman yang hanya manusia
biasa..seperti mu jua..
Jalinkanlah hubungan kerana Allah..
moga hubungan yang dibina senantiasa diberkatinya..
Selasa, 2 September 2008
Dia Kekasih Allah
Dicatat oleh muizcute di 6:49 PG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 ulasan:
Catat Ulasan